Ya Allah berikanlah kepada ku iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna,keyakinan yg betul2 mantap, permudahkanlah urusanku,dan berikanlah ketenangan kepada jiwa hambamu ini Ya Allah...
Kehidupan seorang student tak akan lari daripada exam. Emmmm sem nie aku akan hadapi 6 subjet untuk final exam.....wahhhhhh banyaknya macam tak percaya la pulak...huhuhuhu.....pecaya or tak aku kene terima hakikat yang aku akan hadapi 6 paper nanti. Selama 2 minggu aku akan hadapi final exam lepas tu aku dah boleh balik dah bersenag-lenang kat rumah...makan tido lepas tu bagun makan balik pastu tido....huhuhuhu xde maknanya akan dapat duk bersenang-lenang jew.......
Result untuk sem nie xtau la nk dapat berapa macam tak boleh nak go on jew nie....hehehe :-). kzlau aku sambung study kne la wat elok2kan...tapi kan knp subjet sem nie mcm xberapa nak senang jew nie??? ishhhhh susah la macam nie....emmm apa-apa pun try buat yang terbaik laaa..
Opppp pejam celik pejam celik dah nak habis sem 5 dah lepas tu sem 6 lepas tu sem 7....aikkk ada ke sem 7??? ishhhh magarut lakk mana ada....klau budak kapal ada laa....emmmm lepas sem 6 maka tamat la sudah pengajian ku di PUO...3 tahun macm 3 bulan jew kan emmmm tak sangka sungguh...apa2 pun kene la terima hakikat yang usia dah semakin meningkat ....huhuhuu
P/s : semoga semua pelajar puo dapat buat yang terbaik untuk exam nie ekkkk....xmau tiru-tiru tau....berjaya or gagal kita dalam sesuatu pekara tu biarlah dengan usaha kita sendiri ekkkkk...ingatlah orang yang tersayang ..:-)
Cinta...
Ungkapan yang nampak cantik dan indah,
Madah yang diungkapkan tatkala hati bersulam suka dan sayang,
Rijal dan nisa' berebut-rebut untuk mendapatkan cinta,
Yang kadang-kadang tak pasti akibatnya.
Aku benci cinta...
Kerana cinta aku lalai, kerana cinta aku leka,
Kerana cinta aku alpa dengan dunia,
Kerana cinta aku semakin jauh dengan Tuhan yang menciptakanku,
Kerana cinta aku hampir ke alam perzinaan,
Kerana cinta juga aku hampir tersungkur menyembah bumi,
Kerana cinta aku lupa Akhirat.
Cinta...
Kau sangat merbahaya,
Membawa ke alam kemaksiatan,
Dunia yang penuh noda dan dosa.
Kini aku menyesal,
Cinta yang ku cari selama ini ibarat bunga,
Yang akhirnya akan layu dan jatuh ke tanah jua,
Hanya cinta kepada Allah itu yang abadi selamanya.
Cinta...
Selamat tinggal sebelum membina Baitul Muslim,
Selamat datang selepas membina rumahtangga,
Selamat tinggal cinta yang penuh noda,
Selamat tinggal...
p/s : sumber daripada iluvislam
Ya Allah aku takut, akan terleka...Sesungguh ak hnya insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan.....andainya ak terleka...ak harap ada insan yg buat ak tersedar...
Assalamualaikum....emmmm dah lamakan tak update blog...huhuhu...biasa la sem nie sibuk sikit...(sibuk ke??)hihihi ... bila ada peluang untuk online kat kampus apa lagi gunakan la peluan keemasan nie....benda freekan...kah kah..
Apa yea yang nk kongsi banyak sangat....tapi yang paling best kami buat rumah terbuka pada 13/09/2011 bersamaan hari selasa...seronok sangat2 tau...kami ajak semua budak kelas Dib5...banyak kot menu yang kami masak ada nasi inpit dengan kuah kacang, ada laksa n ada bihun sup...wahhhhh sedap kot...apa yang pasti kami dapat meneratkan lagi hubungan antara kami...huhuhu
p/s: thanks kepada semua kawan2 yang sudi hadir kt umah kami dekat sari 4 taman cempaka....apa yang pasti pada hari tu kami hapy n kenyang sangat2. saya sayang semua bdk kelas Dib5....
k la setakat nie jew la yea ekk banyak lagi nak cite tapi masa tak izinkan la pulak....
Pada hari jumaat yang indah kaki ku melangkah dengan semangat untuk menghadiri kelas pada pagi itu. Dengan semangat yang berkobar2 untuk menuntut ilmu walau lenguh kaki ku melangkah dek kerana jarak rumah sewa ku dengan tempat aku berlajar agak jauh, mengambil masa dalam 10 minit (kalau jalan laju2), tambahan pula tahap kesibukan jalan raya pada tahap maksimum. Setelah aku melangkah masuk dalam pintu pagar tempat aku berlajar, aku terus menuju ke kelas, ketika kaki ku melangah pada anak tangga pertama aku melihat 2 orang pensyarah sedang tunggu kat tangga untuk "spotcheck", terus terang aku cakap time tu aku relax je tak rasa apa2 pun sebabnya aku rasa aku sudah mengikut etika berpakaian dengan betol dan tepat. Hari jumaat semua pelajar diwajibkan memakai buju batik dan aku merasakan aku dah pakai baju batik. Setelah tiba giliran aku, salah seorang pensyarah tanya aku " awak rasa nie baju batik ke?" aku menjawab " baju batik la nie, saya beli kat kedai tuan kedai cakap nie baju batik". Bab kata perpatah malang tak berbau, pensyarah tersebut tidak menerima alasan yang ak berikan, malah asik duk tya benda sama je...untuk sekian kalinya kad matrik aku di rampas, sebelum nie aku cuba menurut segala peraturan kerana aku tak nak ada sebarang masalah disiplin.
Pada saat tu hanya Allah sahaja yang tahu ape perasaan aku, sedih, kecewa dan mcm2 lagi, . Aku kene berjumpa dengan pensyarah disiplin di student centre pada pukul 10 pg...Kaki aku melangkah ke kelas marketing dengan perasaan yang melayan2 macam layang2, apa yang pasti air mata aku mengalir...aku tak akan rasa sedih sekiranya aku betol2 buat salah, betol2 melanggar peraturan, tapi aku rasa aku tak salah dalam hal nie...aku beli baju tu semata2 untuk pakai pada hari jumaat aku tak tipu tuan kedai tu sendiri cakap yang baju tu baju batik. Aku rasa bertambah geram bila kawan yang kene spotcheck dengan pensyarah lain, tak kene tahan kad matrik sedangkan kami beli baju tu di kedai yang sama dan corak yang hampir sama cuma colour je yang berlainan ini bermakna baju aku tu baju batik laa.. Mungkin rezeki aku nak kene rampas kad matrik aku cuba untuk terima kenyataan itu.
Apa yang pasti selepas kad matrik aku di rampas, aku dah tak boleh nak fokus dah pada pensyarah yang mengajar, aku hanya duk pikir pasal kad matrik aku jeeeeee..... Akan tetapi aku tetap bersyukur kerana di kurniakan sahabat yang sentiasa memberi semangat kat aku, serious aku cakap tanpa sahabat aku mungkin aku akan menangis sepanjang kelas sampai la aku dapat balik kad matrik aku, tapi aku mempunyai sahabat yang pandai tenangkan hati aku, sekurang2nya kurang sedikit kegelisahan di hatiku ini..Setelah aku habis kelas pada pukul 10 pagi aku terus pergi ke student centre....emmmm rupanya2 ramai yang kene rampas kad matrik...dengan pelbagai kesalahan, di sebabkan terlalu ramai yang kene so aku tak dapat dengar dengan jelas apa yang pensyarah cakapkan, tapi apa yang aku pasti aku hnya di beri amaran bukan di denda lagi. Setelah aku menulis nama pada kertas nama aku di panggil dan diberikan kad matrik, aku tak sempat nak tnya kat pensyarah tu adakah baju aku tu betol2 bukan batik, sebabnya ramai sangat....tapi pelah benda yang lepas jagan dikenang. Aku dah tak nak ingat peristiwa tu...biarlah berlalu...
p/s : terima kasih kepada semua sahabat2 aku yang sentiasa menenangkan perasaan aku yang gelisah ketika itu...macam tu lah sahabat , susah senang bersama .aku dah memaafkan pensyarah tu, aku doakan semoga dye sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t, dan semoga aku dan sahabat2 sentiasa mendapat keberkatan memperolehi ilmu.
Friday, August 5, 2011
::::::CERITA CINTA::::::
❤❤ Kepada yag masih SINGLE..
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.
❤❤ Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.
❤❤ Kepada PLAYBOY /PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
❤❤ Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka yang paling dalam saat kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.
❤❤ Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.
❤❤ Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.
❤❤ Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Dan cinta yang paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.
❤❤ Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu kau jatuh cinta. Dan akhirnya kau mula menyadari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun- tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah
tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia berlalu pergi dan lupakanlah dia.
~► Cinta memang indah namun banyak onak berduri didalamnya...
p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat...cintailah seseorang itu kerana agamanya...Jadikanlah cintamu terhadap si dia dapat membawa kalian ke SYURGA. Sesungguhnya cinta Ilahi adalah cinta yang kekal abadi...Insyaallah semoga kita semua akan memperolihi cinta Ilahi...Biarlah Orang mencintai kita kerana Allah s.w.t...sekian Assalamualaikum
Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses utk MENJADI,bukan MENCARI..
subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)
"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..
aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zaujku"..amin ya rabbi..
ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati(qolbi)..
aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?
qolbi : seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..
aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?
qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?
qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..
aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?
qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.
aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?
qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..
aku yang jahil : astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..
aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...
wallahua'lam..
"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..
p/s : Setiap orang menimpikan mendapat pasangan yang terbaik jadi berdoalah kepada Allah agar kita memperolehinya. Sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Semoga kita semua akan mendapat pasangan hidup yang Terbaik... ;-) sekian Assalamualaikum
Pada tahun ini sekali lagi saya menyambut ramadhan tanpa keluarga di sisi, bohonglah klau saya cakap yang saya tak rasa sedih tapi saya tetap hapy sebabnya dapat menjalani ibadat puasa bersama-sama sahabat2...solehah,ida, basyirah,fifah, dan sarah sahabat2 yang best.....baik punya dari ladang...hehehehe ...Kami sama2 pergi solat tarawih walau jarak masjid dengan rumah kami agak jauh tambahan pula berjalan kaki,tetapi dengan semangat yang ada pada kami, jarak tidak menjadi masalah besar bagi kami...lagi pun klau pergi masjid ada ustaz yang hensem...hehehehe sambil menyelam minum air mana la tahu kot2 ada tersangkut sorg ustaz muda ke...(gurau je...xde niat lain pun). Pada hari kedua ramadhan, kami berbuka puasa di masjid...kami keluar dari rumah dalam pukul 6.40ptg. Semasa dalam perjalan pergi ke masjid kami dapat rasakan yang org tgok kami semacam jeee...tapi kami buat2 xthu je tapi apa yang menyebabkan saya rasa nak mengalir air mata ialah bila kami terdengar ada org ckap kt kami "save bajet la tu' Time tu hanya Allah je lah yang tahu ape perasaan kami......Bukan kami tak boleh masak tapi kami dah berjanji dengan kawan untuk berbuka puasa di masjid. Emmm xpelah biarlah orang nak cakap ape pun janji kami xbuat benda yang salah..Andainya Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir saya bersama-sama2 dengan sahabat2 saya di ipoh....saya harap banyak kenangan akan terukir pada ramadhan ini. Jom kita hayati kelebihan bulan ramadhan :-)
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
p/s: semoga pada bulan yang mulia ini kita dapat mempertingkatkan ibadat kita dan istiqamah pada bulan2 yang seterusnya. Sesungguhnya kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan...:-) sekian untuk kali ini assalamualaikum.....
Ada seorang perempuan yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mau mengerjakan kewajipan agama dan tidak mau berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak berbicara dan setiap kali dia hendak melakukan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang mengejutkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang aman, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan sembunyi-sembunyi suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan duit ke dalam sumur di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mulai mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak mengerjakan sesuatu kerja.
p/s : semoga kita semua mendapat iktibar daripada kisah tersebut, jadi lepas nie bila nak buat sesuatu perkerjaan mesti memulakan dengan bismillah tau...xrugi dan tidak susah pun cuma kadang2 kita terlupa tetapi sekiranya kita sentiasa menamalkannya ..insyaallah kite xkn lupa..renung2 n fikir2kan lah..selamat beramal...:-)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, semoga kita semua tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.
emmm pada jam 1.53 pg dah masuk 28 jun 2010...pada besoknya tepat kul 8.00 pg sayer dah mula msuk kelas untuk sem 3...jadual untuk sem nie memang padat msuk kul 8 pg kul 4.30 ptg bru bleh blik...tak mcm sem 2 ..bnyak relax dari study..huhuhu..semoga sem nie sayer akan lebih tabah untuk menghadapi dugaan dan dapat result yang lebih gempak dari pada sem 2 walaupun pada hakikatnya sem nie bnyak sngat subjet sampai 8 kot.sem lepas dah dapat result okey dan semakin meningkat..sem 3 nie nk lagi meningkat n btambah2 okey lg ..harap sngat2 sem3 nie dap akj...insyaallah .. ..huhuhu Dah la semuanya subjet yang sangat2 bagus n power plak tuuuu...perrrrr habis arr kali nie alamaknya xcukup la waktu untuk tido ..ape2 sayer akan buat yang terbaik untuk sem 3 nie...Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku...amim....Dah lama sayer tak tulis blog kn???entah la tak tahu kenapa tak ada mood nak menulis...rasa macam malas sangat2...tapi insyaallah lepas nie sayer akan rajin kan diri ini untuk menulis walaupun jadual untuk sem ini terlalu padat...emmm pada cuti sem yang lepas ape ekk yang menarik..rasa2nya xde kot sebabnya masa bnyak habiskan di rumah jee...keluar dgn khai pun sebab nak pegi bayar yuran poli jee....huhuhu...emmm pg nie nk kongsi lirik lagu nasyid saujana tajuknya patah hati...emmm ape ekk maksud lirik lagu tuu...ape yang pasti lagu tu memang best sangat2....laku tu ada makna tersirat yang tersendiri..orang yang betul2 memahami jee akan thu maksud lagu tu...
PATAH HATI
KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU RUPA HILANG SERI MANAKAH MANISNYA
KAU TIDAK SEPERTI DULU YANG KU KENALI DULU MADAH TAK BERLAGU MANAKAH GIRANGNYA
PATAH HATI JANGAN TERDAMPAR SEPI JANGAN TERSUNGKUR MATI PATAH HATI JANGAN LEBURKAN MIMPI JANGAN MEMAKAN DIRI 2x
BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM UNTUK BERADU MENANTI SIANG BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
Lagu nie ciptaan hafiz hamidun ...lagu ciptaan beliau memang best2 smuanya..tapi syg sngat beliau keluar dri kumpulan unic .cuba lah hati lagu nie....maksud lgu nie sngat dekat dengan kita...huhuhu...ye ke??? pandai2 jee....oklah setakat nie je la yang boleh untuk sayer kongsi untuk hari nie..mengantuk la plak dah la esok ada kelas awal pagi lgg...alamak dh kul 2 lbih la....huhuhuhu...nitezzzzzzzzzzz semua.....
Alhamdulillah akhirnya tercipta gak blog SUMBER ILHAMKU nie pada 3 JUN 2010. Macam xpercaya jee kn??hu hu hu... Semoga dengan terciptanya blog nie dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung blog nie. emmm bila di fikir2kan macam mana ekk blog nie blog tercipta....maybe sebab time cuti sem nie xde nk buat ape kot..asik duk mkn ,tgok tv , main fb , n tido jeee yg lebih...he he he. kedai pun xpayah jaga sangat sebab dah ada perkerja....so sempena cuti sem nie....enjoy je laaaaa tpi setakat dalam umah jee laaa...tak boleh nak keluar pun..Klau nak keluar kene bagi alasan yang betul2 munasabah kat bos...klau tidakm pemohonan untuk keluar tidak di layan..huhuhu...sedih :-( . Kehadiran blog nie macam lagu kau hadir kot dri kumpulan De Hearty. Kau hadir di kala ak kebosanan duk rumah sorang2(blog) he he he..syok lagu tu suka sangat dengar....jom kite hayati lirik lagu nie....
Dikau hadir di kala aku Memerlukan seorang teman Dikau bawa secebis bahagia Bila aku hampir berputus asa
Kuterima segala apa yang diperdaya dan Kini ku bersedia hadapi hari muka
Kau bawa sinar cahaya Dihari ku yang gelita Dan dikau hadir tepati waktunya Membawa tawa ceria
Bila mana kau terima Hidup ada suka dan duka Mendung takkan selamanya Sinar mentari kan menjelang tiba