~Selamat Datang @_@


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 3, 2010

KISAH KELEBIHAN MEMBACA BISMILLAH SEBELUM MEMULAKAN SESUATU PERKERJAAN

Ada seorang perempuan yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mau mengerjakan kewajipan agama dan tidak mau berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak berbicara dan setiap kali dia hendak melakukan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang mengejutkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang aman, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan sembunyi-sembunyi suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan duit ke dalam sumur di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mulai mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak mengerjakan sesuatu kerja.


p/s : semoga kita semua mendapat iktibar daripada kisah tersebut, jadi lepas nie bila nak buat sesuatu perkerjaan mesti memulakan dengan bismillah tau...xrugi dan tidak susah pun cuma kadang2 kita terlupa tetapi sekiranya kita sentiasa menamalkannya ..insyaallah kite xkn lupa..renung2 n fikir2kan lah..selamat beramal...:-)

Wednesday, July 7, 2010

Kisah kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah s.a.w

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, semoga kita semua tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Friday, July 2, 2010

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

Sunday, June 27, 2010

EHHH......DAH NAK MULA BELAJAR BALIK KE ????

assalamualaikum.....

emmm pada jam 1.53 pg dah masuk 28 jun 2010...pada besoknya tepat kul 8.00 pg sayer dah mula msuk kelas untuk sem 3...jadual untuk sem nie memang padat msuk kul 8 pg kul 4.30 ptg bru bleh blik...tak mcm sem 2 ..bnyak relax dari study..huhuhu..semoga sem nie sayer akan lebih tabah untuk menghadapi dugaan dan dapat result yang lebih gempak dari pada sem 2 walaupun pada hakikatnya sem nie bnyak sngat subjet sampai 8 kot.sem lepas dah dapat result okey dan semakin meningkat..sem 3 nie nk lagi meningkat n btambah2 okey lg ..harap sngat2 sem3 nie dap akj...insyaallah .. ..huhuhu Dah la semuanya subjet yang sangat2 bagus n power plak tuuuu...perrrrr habis arr kali nie alamaknya xcukup la waktu untuk tido ..ape2 sayer akan buat yang terbaik untuk sem 3 nie...Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku...amim....Dah lama sayer tak tulis blog kn???entah la tak tahu kenapa tak ada mood nak menulis...rasa macam malas sangat2...tapi insyaallah lepas nie sayer akan rajin kan diri ini untuk menulis walaupun jadual untuk sem ini terlalu padat...emmm pada cuti sem yang lepas ape ekk yang menarik..rasa2nya xde kot sebabnya masa bnyak habiskan di rumah jee...keluar dgn khai pun sebab nak pegi bayar yuran poli jee....huhuhu...emmm pg nie nk kongsi lirik lagu nasyid saujana tajuknya patah hati...emmm ape ekk maksud lirik lagu tuu...ape yang pasti lagu tu memang best sangat2....laku tu ada makna tersirat yang tersendiri..orang yang betul2 memahami jee akan thu maksud lagu tu...


PATAH HATI

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI 2x

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG


Lagu nie ciptaan hafiz hamidun ...lagu ciptaan beliau memang best2 smuanya..tapi syg sngat beliau keluar dri kumpulan unic .cuba lah hati lagu nie....maksud lgu nie sngat dekat dengan kita...huhuhu...ye ke??? pandai2 jee....oklah setakat nie je la yang boleh untuk sayer kongsi untuk hari nie..mengantuk la plak dah la esok ada kelas awal pagi lgg...alamak dh kul 2 lbih la....huhuhuhu...nitezzzzzzzzzzz semua.....

Thursday, June 3, 2010

SUMBER ILHAMKU

Assalamualaikum....

Alhamdulillah akhirnya tercipta gak blog SUMBER ILHAMKU nie pada 3 JUN 2010. Macam xpercaya jee kn??hu hu hu... Semoga dengan terciptanya blog nie dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung blog nie. emmm bila di fikir2kan macam mana ekk blog nie blog tercipta....maybe sebab time cuti sem nie xde nk buat ape kot..asik duk mkn ,tgok tv , main fb , n tido jeee yg lebih...he he he. kedai pun xpayah jaga sangat sebab dah ada perkerja....so sempena cuti sem nie....enjoy je laaaaa tpi setakat dalam umah jee laaa...tak boleh nak keluar pun..Klau nak keluar kene bagi alasan yang betul2 munasabah kat bos...klau tidakm pemohonan untuk keluar tidak di layan..huhuhu...sedih :-( . Kehadiran blog nie macam lagu kau hadir kot dri kumpulan De Hearty. Kau hadir di kala ak kebosanan duk rumah sorang2(blog) he he he..syok lagu tu suka sangat dengar....jom kite hayati lirik lagu nie....



Dikau hadir di kala aku
Memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa


Kuterima segala apa yang diperdaya dan
Kini ku bersedia hadapi hari muka


Kau bawa sinar cahaya
Dihari ku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria


Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba








J0m H@Y@TI


Music