~Selamat Datang @_@


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 19, 2011

KISAH BAJU BATIK

              Pada hari jumaat yang indah kaki ku melangkah dengan semangat untuk menghadiri kelas pada pagi itu. Dengan semangat yang berkobar2 untuk menuntut ilmu walau lenguh kaki ku melangkah dek kerana jarak rumah sewa ku dengan tempat aku berlajar agak jauh, mengambil masa dalam 10 minit (kalau jalan laju2), tambahan pula tahap kesibukan jalan raya pada tahap maksimum. Setelah aku melangkah masuk dalam pintu pagar tempat aku berlajar, aku terus menuju ke kelas, ketika kaki ku melangah pada anak tangga pertama aku melihat 2 orang pensyarah sedang  tunggu kat tangga untuk "spotcheck", terus terang aku cakap time tu aku relax je tak rasa apa2 pun sebabnya aku rasa aku sudah mengikut etika berpakaian dengan betol dan tepat.Click Me~ Hari jumaat semua pelajar diwajibkan memakai buju batik dan aku merasakan aku dah pakai baju batik. Setelah tiba giliran aku, salah seorang pensyarah tanya aku " awak rasa nie baju batik ke?" aku menjawab " baju batik la nie, saya beli kat kedai tuan kedai cakap nie baju batik". Bab kata perpatah malang tak berbau, pensyarah tersebut tidak menerima alasan yang ak berikan, malah asik duk tya benda sama je...untuk sekian kalinya kad matrik aku di rampas, sebelum nie aku cuba menurut segala peraturan kerana aku tak nak ada sebarang masalah disiplin.

                        Pada saat tu hanya Allah sahaja yang tahu ape perasaan aku, sedih, kecewa dan mcm2 lagi, Click Me~ . Aku kene berjumpa dengan pensyarah disiplin di student centre pada pukul 10 pg...Kaki aku melangkah ke kelas marketing dengan perasaan yang melayan2 macam layang2, apa yang pasti air mata aku mengalir...aku tak akan rasa sedih sekiranya aku betol2 buat salah, betol2 melanggar peraturan, tapi aku rasa aku tak salah dalam hal nie...aku beli baju tu semata2 untuk pakai pada hari jumaat aku tak tipu tuan kedai tu sendiri cakap yang baju tu baju batik. Aku rasa bertambah geram bila kawan yang kene spotcheck dengan pensyarah lain, tak kene tahan kad matrik sedangkan kami beli baju tu di kedai yang sama dan corak yang hampir sama cuma colour je yang berlainan ini bermakna baju aku tu baju batik laa.Click Me~. Mungkin rezeki aku nak kene rampas kad matrik aku cuba untuk terima kenyataan itu.

                     Apa yang pasti selepas kad matrik aku di rampas, aku dah tak boleh nak fokus dah pada pensyarah yang mengajar, aku hanya duk pikir pasal kad matrik aku jeeeeee....Click Me~. Akan tetapi aku tetap bersyukur kerana di kurniakan sahabat yang sentiasa memberi semangat kat aku, serious aku cakap tanpa sahabat aku mungkin aku akan menangis sepanjang kelas sampai la aku dapat balik kad matrik aku, tapi aku mempunyai sahabat yang pandai tenangkan hati aku, sekurang2nya kurang sedikit kegelisahan di hatiku ini..Setelah aku habis kelas pada pukul 10 pagi aku terus pergi ke student centre....emmmm rupanya2 ramai yang kene rampas kad matrik...dengan pelbagai kesalahan, di sebabkan terlalu ramai yang kene so aku tak dapat dengar dengan jelas apa yang pensyarah cakapkan, tapi apa yang aku pasti aku hnya di beri amaran bukan di denda lagi. Setelah aku menulis nama pada kertas nama aku di panggil dan diberikan kad matrik, aku tak sempat nak tnya kat pensyarah tu adakah baju aku tu betol2 bukan batik, sebabnya ramai sangat....tapi pelah  benda yang lepas jagan dikenang. Aku dah tak nak ingat peristiwa tu...biarlah berlalu...Click Me~

p/s : terima kasih kepada semua sahabat2 aku yang sentiasa menenangkan perasaan aku yang gelisah ketika itu...macam tu lah sahabat , susah  senang bersama .aku dah memaafkan pensyarah tu, aku doakan semoga dye sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t, dan semoga aku dan sahabat2 sentiasa mendapat keberkatan memperolehi ilmu. Click Me~






Friday, August 5, 2011

Click Me~::::::CERITA CINTA::::::Click Me~

❤❤ Kepada yag masih SINGLE..
Click Me~
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.

❤❤ Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

❤❤ Kepada PLAYBOY /PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
❤❤ Kepada yang PATAH HATI...   
Click Me~
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka yang paling dalam saat kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

❤❤ Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

❤❤ Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

❤❤ Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Dan cinta yang paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

❤❤ Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu kau jatuh cinta. Dan akhirnya kau mula menyadari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun- tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah
tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia berlalu pergi dan lupakanlah dia.
Click Me~

~► Cinta memang indah namun banyak onak berduri didalamnya...
p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat...cintailah seseorang itu kerana agamanya...Jadikanlah cintamu terhadap si dia dapat membawa kalian ke SYURGA. Sesungguhnya cinta Ilahi adalah cinta yang kekal abadi...Insyaallah semoga kita semua akan memperolihi cinta Ilahi...Biarlah Orang mencintai kita kerana Allah s.w.t...sekian Assalamualaikum
Click Me

Thursday, August 4, 2011

::::::ISTIKHARAH CINTAKU::::::

Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses utk MENJADI,bukan MENCARI..

subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)

"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..

aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zaujku"..amin ya rabbi..


ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati(qolbi)..

aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?
qolbi : seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..

aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?
qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?
qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..


aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?
qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.


aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?
qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..


aku yang jahil : astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..

aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...

wallahua'lam..

"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..
Click Me~  p/s : Setiap orang menimpikan mendapat pasangan yang terbaik jadi berdoalah kepada Allah agar kita memperolehinya. Sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Semoga kita semua akan mendapat pasangan hidup yang Terbaik... ;-) sekian Assalamualaikum

Wednesday, August 3, 2011

RAMADHAN KEMBALI LAGI!!!!!Click Me

  
        Pada tahun ini sekali lagi saya menyambut ramadhan tanpa keluarga di sisi, bohonglah klau saya cakap yang saya tak rasa sedih Click Me tapi saya tetap hapy sebabnya dapat menjalani ibadat puasa bersama-sama sahabat2...solehah,ida, basyirah,fifah, dan sarah sahabat2 yang best.....baik punya dari ladang...hehehehe ...Kami sama2 pergi solat tarawih walau jarak masjid dengan rumah kami agak jauh tambahan pula berjalan kaki,tetapi dengan semangat yang ada pada kami, jarak tidak menjadi masalah besar bagi kami...lagi pun klau pergi masjid ada ustaz yang hensem...hehehehe sambil menyelam minum air mana la tahu kot2 ada tersangkut sorg ustaz muda ke...Click Me(gurau je...xde niat lain pun). Pada hari kedua ramadhan, kami berbuka puasa di masjid...kami keluar dari rumah dalam pukul 6.40ptg. Semasa dalam perjalan pergi ke masjid kami dapat rasakan yang org tgok kami semacam jeee...tapi kami buat2 xthu je tapi apa yang menyebabkan saya rasa nak mengalir air mata ialah bila kami terdengar ada org ckap kt kami "save bajet la tu' Time tu hanya Allah je lah yang tahu ape perasaan kami.Click Me~.....Bukan kami tak boleh masak tapi kami dah berjanji dengan kawan untuk berbuka puasa di masjid. Emmm xpelah biarlah orang nak cakap ape pun janji kami xbuat benda yang salah..Andainya Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir saya bersama-sama2 dengan sahabat2 saya di ipoh....saya harap banyak kenangan akan terukir pada ramadhan ini. Jom kita hayati kelebihan bulan ramadhan :-)
Click Me~

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


p/s: semoga pada bulan yang mulia ini kita dapat mempertingkatkan ibadat kita dan istiqamah pada bulan2 yang seterusnya. Sesungguhnya kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan...:-) sekian untuk kali ini  assalamualaikum.....

Click Me~Click Me


J0m H@Y@TI


Music