~Selamat Datang @_@


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 3, 2011

RAMADHAN KEMBALI LAGI!!!!!Click Me

  
        Pada tahun ini sekali lagi saya menyambut ramadhan tanpa keluarga di sisi, bohonglah klau saya cakap yang saya tak rasa sedih Click Me tapi saya tetap hapy sebabnya dapat menjalani ibadat puasa bersama-sama sahabat2...solehah,ida, basyirah,fifah, dan sarah sahabat2 yang best.....baik punya dari ladang...hehehehe ...Kami sama2 pergi solat tarawih walau jarak masjid dengan rumah kami agak jauh tambahan pula berjalan kaki,tetapi dengan semangat yang ada pada kami, jarak tidak menjadi masalah besar bagi kami...lagi pun klau pergi masjid ada ustaz yang hensem...hehehehe sambil menyelam minum air mana la tahu kot2 ada tersangkut sorg ustaz muda ke...Click Me(gurau je...xde niat lain pun). Pada hari kedua ramadhan, kami berbuka puasa di masjid...kami keluar dari rumah dalam pukul 6.40ptg. Semasa dalam perjalan pergi ke masjid kami dapat rasakan yang org tgok kami semacam jeee...tapi kami buat2 xthu je tapi apa yang menyebabkan saya rasa nak mengalir air mata ialah bila kami terdengar ada org ckap kt kami "save bajet la tu' Time tu hanya Allah je lah yang tahu ape perasaan kami.Click Me~.....Bukan kami tak boleh masak tapi kami dah berjanji dengan kawan untuk berbuka puasa di masjid. Emmm xpelah biarlah orang nak cakap ape pun janji kami xbuat benda yang salah..Andainya Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir saya bersama-sama2 dengan sahabat2 saya di ipoh....saya harap banyak kenangan akan terukir pada ramadhan ini. Jom kita hayati kelebihan bulan ramadhan :-)
Click Me~

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


p/s: semoga pada bulan yang mulia ini kita dapat mempertingkatkan ibadat kita dan istiqamah pada bulan2 yang seterusnya. Sesungguhnya kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan...:-) sekian untuk kali ini  assalamualaikum.....

Click Me~Click Me


No comments:

Post a Comment

J0m H@Y@TI


Music